Thursday, November 08, 2012

Bercinta Selepas Nikah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Asalamaulaikum...

Macam biasalah dah lama tak update blog ni kan, kerja banyak sangat sampai tak sempat nak update...sementara ade mase ni nak lah saya share dengan semua ape yang saya rase nak di share hiihihi....

Kali ni saya nak share isu "Bercinta Selepas Nikah"...tergerak nye hati saya nak share selepas saya baca facebook Bercinta Selepas Nikah...Macam-macam ilmu yang saya dapat dari fb ni....


Saya jugak akan memilih untuk bercinta selepas nikah...kenapa??? sebab saya adalah "limited edition untuk yang halal sahaja"....hihihi

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, "Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik". Begitulah juga sebaliknya

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa penantiannya sangat manis.Insya'Allah...

Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan...Insya'allah...

Kepada imamku.Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu, untuk menjadi makmummu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya.

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
Insya'Allah Allah akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik b
uatnya.

Jika kita ingin seseorang yang "special", maka siapkanlah diri kita supaya menjadi yang "special" juga. ^_^