Sunday, July 28, 2013

Cinta dan Rindu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi 

Maha Penyayang”


Rindu?
Rindu itu anugerah,
Kurniaan dari Illahi,
Setiap insan berhati nurani punya rasa rindu,
Cinta dan Rindu itu bermula dari Adam dan Hawa,
Dikisah Yusuf dan Zulaikha,
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah,
Diperikan pula Romeo dan Juliet,
Diceritakan Rama dan Sita,
Dilakonkan oleh Laila Majnun,
Dan kini...
Kita pula meneruskannya,
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu Sejati...
Ibarat tasbih dan benang pengikatnya,
Terajud menjadi untaian,
Yang akan selalu disentuh,
Satu demi satu oleh insan mulia,
Yang bibirnya,
Basah akan cinta kepada Allah.
 

Kepada wanita…
Yang selalu kesepian dan tertekan,
Ketahuilah saudari,
Memang tiada kisah yang sempurna,
Tapi allah…
Selalu memberi kisah yang sempurna,
Pada setiap kisah kita,
Dan ketika kita melihat,
Betapa indahnya kisah orang lain,
Sesungguhnya…
Kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari sesiapa.
  

Cinta ala sundel bolong,
Didepan manis di belakang bohong,
Cinta ala pocong,
Selalu lompat dari satu hati ke hati yang lain,
Cinta ala toyol,
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang ditendang,
Sayang pun melayang,
Cinta ala puntianak,
Tak tahu bila nikahnya, tiba-tiba dah dapat anak,
 

Langit Madinah hening,bening,
Seluruh Madinah menjadi sepi,
Para sahabat bertanya,
Siapakah yang Nabi maksudkan itu?
Siapakah mereka, iman yang lagi mempersona itu?
Para sahabat terdiam,
Menahan nafas,
Bagai terhenti detak jantung mereka,
Menanti sabda junjungan mulia,
Muhammad Rasulullah saw,
Nabi berkata,
Merekalah saudaraku,
Mereka tiba saat aku telah pergi,
Membenarkan dan mempercayai,
Walaupun tidak pernah menemuiku,
Mereka beriman pada yang ghaib,
Mendirikan solat dan mengeluarkan sebahagian rezeki mereka yg dikurniakan Allah,
Saudara...
Saat itu,
Anak mata Rasulullah sudah bergenang,
Suaranya parau,
Tapi tetap tabah mengeluarkan sabda,
Alangkah bahagianya jika aku menemui mereka,
Rindunya...aku pada mereka,
Para sahabat bertanya,
Engkau menangis Ya Rasulullah?
Engkau rindukan umatmu Ya Nabi Allah?
Kau rindukan kami?
Ya Rasulullah...
Tapi kenapa kami tidak pernah mengingatimu,
Melupakanmu,
Sedangkan...dihujung nafasmu,
Dirimu masih mengingati kami,
Engkau melirih...Umatku...Umatku...Umatku...
Malunya kami padamu Ya Rasulullah.


Kata-katanya, adalah penawar,
Yang kalau disentuh, kaca menjadi permata,
Biarpun dia berdiam, nafasnya berbicara,
Bagaimana mungkin wanita tidak tertawan?


Apakah kita boleh menyatakan CINTA?
Jawabnya...BOLEH..
Tapi...
Tidak sepenting bukti sebenar cinta,
Bukti sebenar cinta itu,
Apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan,
Agar...
Ia rasa terselamat dan terhormat,
Contohnya...
Disaat kita ingin melepaskan seseorang,
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu,
Disaat kita...
Tidak merindukannya,
Ingatlah...
Saat pertama kali kita melafazkan cinta padanya,
Disaat kita mulai bosan dengannya,
Ingatlah...
Saat-saat indah kita bersamanya.


Bicaralah dari hati...
Nescaya ia akan jatuh ke hati,
Insya'allah...


Hidup ini umpama pedati
Harus memberi dan memanfaat didunia dan bererti di akhirat.


Awak tahu tak?
Apa yang Allah buat bila rindu pada hambanya?
Allah akan kirimkan hadiah istimewa,
Melalui Malaikat Jibril,
Yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup,
Allah berfirman melalui malaikat jibril
Pergilah kepada hambaku,
Dan kirimkanlah ujian kepada hambanya,
Sesungguhnya aku rindu akan rintihannya.


Yang paling jauh bukanlah matahari,
Bukan juga bulan ataupun bintang,
Tapi masa yang berlalu dan tak kan kembali lagi,
Yang ada hanyalah hari ini,
Hari esok belum pasti lagi milik kita.


Allah akan makbulkan doa saya?
Permintaan iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan,
Inikan kita,
Hamba yang kekurangan,
Berdoalah pada Allah,
Tiada yang mampu menolak takdir kecuali dengan doa,
Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari berubah hanya kerana doa,
Allah memakbulkan doa hambanya yang bersungguh-sungguh dalam berdoa,
Menolak kematian dengan berdoa sebenarnya hanyalah menundakannya.


Hari ini...
Dari satu tangga ke satu tangga,
Aku melihat dia tersenyum, gembira dan bersemangat untuk terus hidup,
Itu sudah cukup membahagiakan aku,
Tapi saya tidak tenang disini,
Biarpun awak mungkin jauh dimata,
Tapi awak...
Selalu ada di hati,


Untuk hati yang menanti,
Menantilah dengan cinta,
Cinta yang akan membuatmu menerima,
Apa jua kehendak Allah kelak,
Tanpa kita sedar...
Cintamu kepadanya akan membuatkan penantian itu sesuatu yang tidak sia-sia,
Subhanallah...
Kesakitan boleh saja terubat,
Dengan mendengar kata-kata hikmah.


Saya bukanlah ahli zikir...
Yang mampu mempersembahkan rimbunan zikir,
Bukan juga si abid yang mampu tiap malamnya bersama Tuhan,
Jauh sekali jadi ulama yang ilmunya mampu merentas zaman,
Saya hanya ingin menyampaikan tidak lebih dari itu.


Selagi saya tak pernah berhenti mencari,
Selagi itulah saya terus mengharap,
Untuk awak pulang menjemput saya,
Dengan iman dan taqwa dalam kitbah,
Saya berjanji...
Saya akan menjadi perhiasan terindah dalam hidup awak.


Ya Allah...
Dimana kekuatan cinta?


Dalam tangisanku ini...
Rupanya ada tangisan orang lain yang lebih derita.


Tiada khalimah yang lebih baik selain daripada maafkan saya semaaf-maafnya,
Sesungguhnya...
Tiada seorang pun di dunia ini mampu menerima saya,
Saya hanya rasa saya 
hamba hina yang berlumur noda di muka bumi ini.


Atas namamu aku hidup,
Atas namamu jua aku bermohon.


Selamat tinggal sahabat,
Selamat tinggal teman,
Aku akan terus melangkah tinggalkan kenangan,
Dan kenangan itu akan aku gantungkan harapan,
Pada yang maha satu.


Bila awak mahu cinta saya,
Carilah dulu cinta Allah,
Bila awak mahu rindu saya,
Rinduilah dulu Allah dan RasulNya,
Jika awak mahu sayang saya,
Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya.


Saya sedar...
Tak selayaknya diri ini untuk awak,
Awak berhak memiliki yang lebih terhormat daripada saya,
Bukan saya,
Tulang rusuk awak yang hilang.


Tidak semua yang kita mahukan akan dapat kita miliki,
Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya,
Dan hari-hari yang berlalu,
Membawa aku pulang kembali,
Dari mana kedatanganku,
Menziarahi tempat yang bakal kita singgahi,
Suatu hari nanti,
Di sini tersimpan kenangan,
Di sini tersimpan rindu,
Cinta dan kasih,
Yang tak pernah berhujung,
Masih basah kenangan itu,


Penyakit bicara itu bohong.


Ya Allah...
Bukan aku tidak redha dengan apa yang tertulis di Luh Mahfuz,
Tapi tak mungkin Ya Allah,
Aku ulangi kekhilafan dahulu,
Hidup ini akan aku teruskan,
Biarlah Allah yang menyusunnya,
Dengan sebaik-baik keindahan,
Ya Allah...
Terimalah aki menjadi hambamu,
Terimalah aku menjadi perindumu,
Di setiap namamu,
Ada sembilan puluh sembilan kali rindu.


***99kali rindu

 

Saturday, July 20, 2013

Resepi Ramadhan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Asalamualaikum...

Saja nak share sebahagian resepi juadah berbuka bulan ramadhan...hihih...selamat mencuba kalau ada yang kurang tambah-tambah la ye...hihih...

Masak guna bahan yang ada dan senang nak dapat je. Resepi ni bukanlah resepi turun-temurun tapi resepi dari sumber internet dan saya ubah sikit-sikit. Gambar2 ni semua ambik dekat internet hihihii...sebab handphone canggih sangat... :)


AYAM MASAK HALIA

Bahan 
600gram isi ayam (potong kecik2)
2 inci halia (hiris) *
1/2 bawang besar (bland) *
3 ulas bawang putih (bland) *
1 biji capsicum (potong) **
5 biji cili padi (potong) **
1/2 sudu tepung jagung (bancuhkan dengan 3 sudu besar air)
1/2 lada hitam (bland)
2 sudu besar sos tiram
5 suudu besar kicap 
1 cawan air
garam

Cara 
1. Perapkan ayam dengan sos tiram dan lada hitam selama 10 minit.
2. Panaskan kuali goreng ayam yg telah di perap. Bila sudah separuh masak keluarkan dari kuali.
3. Tumis bahan * sehingga naik bau, dan masukkan bahan **, dan masukkan ayam dan air. Tunggu sampai ayam betul2 masak.
4. Masukkan kicap, garam, dan tepung jagung



Gambar hiasan : sumber internet


PUDING ROTI COKLAT

Bahan 
1 cawan gula
3 sudu besar majerin
800 ml fresh milk
15 keping roti
1 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar serbuk chocolate (bancuhkan dengan air panas)
choc chip untuk taburkan atas roti
chocolate syrup untuk makan dengan puding

Cara
1. Gaulkan majerin dan gula dalam mangkuk.
2. Potong roti kepada dua bahagian dan, rendamkan roti bersama fresh milk dalam mangkuk besar.
3. Masukkan serbuk chocolate, telur dan esen vanilla dalam mangkuk majerin tadi. Gaulkan sampai rata.
4. Bila roti dah sebati dengan freash milk masukkan bahan campuran no3.
5. Masukkan dalam loyang dan taburkan choc chip di atas.
6. Bakar dalam oven 150'c 30-40minit .



Gambar hiasan : sumber internet


ASAM PEDAS

Bahan
3 ekor ikan
6 batang bendi
1 biji tomato (potong 6)
4 sudu besar cili kisar
2 kuntum bunga kantan
7 helai daun kesum
600ml air
2 sudu besar asam jawa 
garam
1 biji bawang besar *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1/2 inci belacan (tak nak isi pun tak pe) *

Cara
1. Tumbuk atau bland bahan2 *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 * sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, gunakan api kecik.
4. Masukkan air, asam jawa dan garam.Tunggu sehingga air mendidih.
5. Masukkan ikan dan semua bahan.
 


Gambar hiasan : sumber internet


IKAN STIM / KUKUS

Bahan 
Ikan
1 batang serai *
5 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 sudu besar asam jawa / 2 biji limau nipis / 3 biji limau kasturi
4 cili kecik
1 biji tomato
garam
1 sudu besar sos tiram (untuk jadikan warna perang, kalau tak isi pun tak pe) *
daun sup (hiris)

Cara
1. Panaskan pengukus (kalau xde pangukus guna cara sy hihih...kukus dalam kuali, letakkan air dan mangkuk untuk menampung pinggan untuk kukus ikan)
2. Bland kan bahan2 *, dan ambil air nya sahaja.
3. Lumurkan ikan dengan garam.
4. Tuangkan air bahan bland tadi atas ikan dan tutup pengukus tunggu selama 10-15 minit.
5. Masukkan cili, air asam, tomato dan garam tutp semula pengukus selama 10-15minit.
6. Hidangkan ikan dan tabur daun sup.



Gambar hiasan : sumber internet


TOM YAM PEKAT AlA THAI

Bahan
300gram ayam (potong) ***nak tambah seafood pun boleh
3 batang serai (tumbuk sikit je)
2 inci halia (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (potong 6) / bawang cina
5 biji bawang putih (tumbuk)
6 biji bebola ikan (potong 2)
sawi
karot
bunga kubis
10 helai daun limau purut (buang yang tengah2 daun tu)
4 biji limau kasturi / 1 1/2 biji limau nipis
1 sudu besar susu pekat (bancuhkan dengan air)
1liter air
3 sudu besar cili kisar
3 biji cili kecik (tumbuk sikit je)
1 batang daun saderi (hiris)
garam

Cara
1. Panaskan air dalam periuk. Sehingga mendidih
2. Masukkan bahan2 yang dah ditumbuk,bawang yg dah dipotong 6 dan ayam.
3. Masukkan cili kisar, cili kecik.Tunggu sampai sebati.
4. Masukkan susu yang telah dibancuh dan masukkan semula bahan.
5. Kacau dan siap.



Gambar hiasan : sumber internet

p/s : selamat mencuba..Maaf kepada pemilik gambar, pinjam gambar ye hihihih