Thursday, February 26, 2015

Alhamdulillah...Mom To Be

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah...

Dup dap dup dap...pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 6bulan pregnant.Rase macam baru je buat buku merah, tengok2 dah nak masuk 6bulan dah...hihihi...syukur Alhamdulillah pada Allah swt atas amanah yang tak ternilai ini...Satu pengalaman yang mana hanya ibu-ibu mengandung je yang rasa, pengalaman yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata...hihih

Saya pun tak lari dari perasaan alahan, sama jugak dengan ibu-ibu yang lain mungkin cara alahan tu je yang berbeza. Pasa 1st Trimester saya alamai alahan yang agak teruk juga, makan ni tak boleh makan tu tak boleh kalau salah makan siaplah muntah balik.

Pada peringkat awal sebelum tahu pregnant tu ada tempat-tempat yang saya rasa sakit dan kurang selesa, nak tidur pun rasa rimas, perut rasa sakit-sakit di bahagian ari-ari, mula-mula ingatkan effect dari masa berurut sebab adalah dalam seminggu sebelum tahu pregnant tu pergi berurut untuk dekat dengan rumah mak mertua untuk betulkan rahim sebab selalu sangat sakit bahagian kanan rahim. Bila lepas urut tu start pulak bahagian lain sakit, kebetulan masa sakit tu memang ade dekat rumah mak, time tu nak makan pun tak selera gulai tempoyak yang menjadikan selera bertambah pun rasa kembang tekak tengok, yang boleh masuk di tekak buah tembikai dan menggi je...huhuhuh...

Sebab dah tak tahan sangat sakit je, saya pun buat la research dekat google kebanyakkannya cakap ini simptom pregnant, time tu memang dah hepy dah padahal belum buat pregnancy test lagi...apelah kan...hihihi...malam tu terus ke farmasi beli pregnancy test, ikutkan suami dia nak bawa ke klinik terus sebab dia takut masalah sakit lain pulak bukan nye pregnant.Tapi saya mintak buat pregnancy test dulu kalau confirm -ve baru pergi klinik untuk cek mana tahu ada sakit lain.

Esoknya pagi2 lain bangun terus buat pregnancy test, sebab kebanyakkan cakap kalau kita buat pregnancy test waktu pagi selepas bangun tidur kebarangkalian untuk dapatkan result yang betul tu tinggi. Masa tu dah dup dap dup dap dah jantung, yelah kalau -ve dah kecewa kan semalam baru je felling2 mengandung...hihiihih...

Dalam berapa sangat je, terus nampak double line Alhamdulillah cepat-cepat keluar bilik air melompat dekat katil tunjuk result dekat suami...Masa tu bahagia sangat rasa nye, suami pun senyum lebor sampai teliga hihihihi...Lepas tu terus beritahu mak dan kakak hihihi...mak boleh cakap "dah agak dah tengok makan pun tak selera"....hihihi...biasalahkan mak lepas makan garam teranglah dia lagi awal boleh agak...hiihihihi...

1st Trimester memang mengerikan untuk saya, sebabnya salah makan je terus muntah...siap sampai demam-demam, huhuhuh....Kalau nak makan mesti nak yang panas nak makan berkuah, nasi boleh makan sekali sehari je, makan lebih2 nasi mula la terus muntah, selalu nya malam nak makan mi goreng basah, tapi bukan nak banyak pun, dapat rasa sikit pun jadilah...hihihihih...Yang paling tak best kalau muntah sampai keluar dekat hidung sakit tau tak...perit hidung rasa nak cabut-cabut je...Masa 1st Trimester ni saya banyak makan tembikai sehari sebiji boleh habis sorang makan, bukan sepotong tapi sebiji...hihihhi....dan satu lagi asyik nak tidur je, mengantuk dia tak yah cakap lah. Tapi nak buat macam mana nurse pun dah cakap awal2 pregnant memang akan cepat penat dan mengantuk jadi kalau ade peluang tido, tido je lah...hihihi

Lepas tu apa-apa makanan gemaran saya sebelum ni, langsung tak boleh tengok jangankan tengok dengar bunyi nama makanan tu pun dah mula rasa loya nak muntah...sabo jelah ye..Lagi satu selain dari makanan saya alah dengan air-cond, kalau naik kereta memang tak boleh pakai air-cond, kalau pakai siaplah bukan setakat pening je muntah terus tanpa hint2 pun...kalau dalam hujan pun, takpe sanggup berbasah dari muntah...hihiihi...plastik memang dah standby banyak2 dalam kereta. Mana tahu nak muntah bukan boleh tahan-tahan pun...hihhihi

Alhamdulillah lepas masuk 2nd Trimester, dah nampak perubahan dah air-cond dah boleh guna, makanan kesukaan lagi menyelerakan dah boleh masuk sikit2, muntah pun dah kurang...Tapi selera makan pulak bukan main selera tinggi, baru je makan nasi sekejap nanti lapo balik rase lapo tu macam tak makan seharian....hihhi....sekarang ni memang standby je makanan tak kira lah nak jalan jauh ke atau jalan dekat-dekat je, bayangkanlah sebelum ni kalau makan kfc cukuplah dapat kepak ayam dah cukup buat saya kenyang sampai ke petang, kali ni saya makan dua ketul ayam mula-mula makan bahagian isi nak yang besar lepas tu bahagian isi lembut tambah dengan makan kentang dan sayur, malam tu makan lagi ayam kfc dengan kuih, nasi, bubur nasi...selera apa ni kan...hihihi...

Sekali kena checkup 2minggu berat naik 5kilo, ambik engkau tak ke terkejut nurse, kalau ikutkan kena minum air gula tapi nurse bagi peluang lagi tunggu lagi 2minggu kalau result berat memang naik mendadak macam ni memang terang lagi nyata minum air gula lah jawabnya. Saya memang akan checkup 2minggu sekali sebab HB tak cantik, setiap kali checkup HB akan terun sekali je naik itupun still bawah 11. 

Alhamdulillah sepanjang pregnant ni, suami dan family lah yang banyak bagi support, bersyukur sangat2. Bab asam pulak saya tak berapa amalkan sangat, makan tu still makan tapi kalau takde pun takpe. Sepanjang pregnant ni memang saya amalkan makan kismis untuk otak baby...hihhhih...

Oklah nanti saya sambung lagi...Doa kan baby saya sihat sempurna ye...aminnn
Image result for kartun mengandung

No comments :

Post a Comment