Saturday, July 20, 2013

Resepi Ramadhan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Asalamualaikum...

Saja nak share sebahagian resepi juadah berbuka bulan ramadhan...hihih...selamat mencuba kalau ada yang kurang tambah-tambah la ye...hihih...

Masak guna bahan yang ada dan senang nak dapat je. Resepi ni bukanlah resepi turun-temurun tapi resepi dari sumber internet dan saya ubah sikit-sikit. Gambar2 ni semua ambik dekat internet hihihii...sebab handphone canggih sangat... :)


AYAM MASAK HALIA

Bahan 
600gram isi ayam (potong kecik2)
2 inci halia (hiris) *
1/2 bawang besar (bland) *
3 ulas bawang putih (bland) *
1 biji capsicum (potong) **
5 biji cili padi (potong) **
1/2 sudu tepung jagung (bancuhkan dengan 3 sudu besar air)
1/2 lada hitam (bland)
2 sudu besar sos tiram
5 suudu besar kicap 
1 cawan air
garam

Cara 
1. Perapkan ayam dengan sos tiram dan lada hitam selama 10 minit.
2. Panaskan kuali goreng ayam yg telah di perap. Bila sudah separuh masak keluarkan dari kuali.
3. Tumis bahan * sehingga naik bau, dan masukkan bahan **, dan masukkan ayam dan air. Tunggu sampai ayam betul2 masak.
4. Masukkan kicap, garam, dan tepung jagung



Gambar hiasan : sumber internet


PUDING ROTI COKLAT

Bahan 
1 cawan gula
3 sudu besar majerin
800 ml fresh milk
15 keping roti
1 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar serbuk chocolate (bancuhkan dengan air panas)
choc chip untuk taburkan atas roti
chocolate syrup untuk makan dengan puding

Cara
1. Gaulkan majerin dan gula dalam mangkuk.
2. Potong roti kepada dua bahagian dan, rendamkan roti bersama fresh milk dalam mangkuk besar.
3. Masukkan serbuk chocolate, telur dan esen vanilla dalam mangkuk majerin tadi. Gaulkan sampai rata.
4. Bila roti dah sebati dengan freash milk masukkan bahan campuran no3.
5. Masukkan dalam loyang dan taburkan choc chip di atas.
6. Bakar dalam oven 150'c 30-40minit .



Gambar hiasan : sumber internet


ASAM PEDAS

Bahan
3 ekor ikan
6 batang bendi
1 biji tomato (potong 6)
4 sudu besar cili kisar
2 kuntum bunga kantan
7 helai daun kesum
600ml air
2 sudu besar asam jawa 
garam
1 biji bawang besar *
3 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1/2 inci belacan (tak nak isi pun tak pe) *

Cara
1. Tumbuk atau bland bahan2 *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 * sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, gunakan api kecik.
4. Masukkan air, asam jawa dan garam.Tunggu sehingga air mendidih.
5. Masukkan ikan dan semua bahan.
 


Gambar hiasan : sumber internet


IKAN STIM / KUKUS

Bahan 
Ikan
1 batang serai *
5 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 sudu besar asam jawa / 2 biji limau nipis / 3 biji limau kasturi
4 cili kecik
1 biji tomato
garam
1 sudu besar sos tiram (untuk jadikan warna perang, kalau tak isi pun tak pe) *
daun sup (hiris)

Cara
1. Panaskan pengukus (kalau xde pangukus guna cara sy hihih...kukus dalam kuali, letakkan air dan mangkuk untuk menampung pinggan untuk kukus ikan)
2. Bland kan bahan2 *, dan ambil air nya sahaja.
3. Lumurkan ikan dengan garam.
4. Tuangkan air bahan bland tadi atas ikan dan tutup pengukus tunggu selama 10-15 minit.
5. Masukkan cili, air asam, tomato dan garam tutp semula pengukus selama 10-15minit.
6. Hidangkan ikan dan tabur daun sup.



Gambar hiasan : sumber internet


TOM YAM PEKAT AlA THAI

Bahan
300gram ayam (potong) ***nak tambah seafood pun boleh
3 batang serai (tumbuk sikit je)
2 inci halia (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (potong 6) / bawang cina
5 biji bawang putih (tumbuk)
6 biji bebola ikan (potong 2)
sawi
karot
bunga kubis
10 helai daun limau purut (buang yang tengah2 daun tu)
4 biji limau kasturi / 1 1/2 biji limau nipis
1 sudu besar susu pekat (bancuhkan dengan air)
1liter air
3 sudu besar cili kisar
3 biji cili kecik (tumbuk sikit je)
1 batang daun saderi (hiris)
garam

Cara
1. Panaskan air dalam periuk. Sehingga mendidih
2. Masukkan bahan2 yang dah ditumbuk,bawang yg dah dipotong 6 dan ayam.
3. Masukkan cili kisar, cili kecik.Tunggu sampai sebati.
4. Masukkan susu yang telah dibancuh dan masukkan semula bahan.
5. Kacau dan siap.



Gambar hiasan : sumber internet

p/s : selamat mencuba..Maaf kepada pemilik gambar, pinjam gambar ye hihihih

No comments :

Post a Comment