Thursday, December 20, 2012

Dunia Kanak-kanak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Asalamualaikum...

hahhahaha....sebelum tu nak ketawa dulu, hhihiihi....seronok jugak kan kalau kita masuk dalam dunia kanak-kanak ni.Macam semua tahu dunia kanak-kanak penuh dengan permainan, imaginasi dorang ni sangat kuat.


Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.

Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran.

Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami. Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.

Dan yang paling penting dorang ni jugak boleh buat kita "release tension"...hidup kanak-kanak ni penuh dengan gelak ketawa je...memang best...memang hilang masalah...


***inilah jantung hati saya...damai, eisya n aisyah....hihihi

cukup entry untuk hari ini.... :)