Saturday, August 17, 2013

Raya 1434 Hijrah Seronok...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi 

Maha Penyayang”

 Asalamualaikum...

Selamat hari raya Maaf zahir batin semua...Macam mana raye korang semua mesti seronok kan2....hihiihi...Mestilah seronok sebab ni lah masa nya dapat bersama-sama dengan orang tersayang, bukan senang nak berkumpul dengan semua kan2...Berapa banyak dapat duit raye...layak lagi tak dapat duit raya...hihhihi...Tak sangka saya pun masih layak dapat duit raya...hihih...tak nak bagu duit raya kita bodek la sampai dapat...hihihi...nak jugak kan...hihihi

Alhamdulillah tahun ni kali kali pertama kami 7 beradik sekali dengan 3 abang ipar dapat raya bersama-sama, sebelum ni ada yang balik rumah mertua dulu, ada abang ipar kena kerja time raya dan tahun lepas mak ayah dan kakak mengerjakan umrah time puasa dan raya...Alhamdulillah syukur pada Alllah, tahun ni kami dapat berkumpul sama-sama...Dah alang-alang dapat berkumpul sama-sama, macam-macam aktiviti la yang kami buat...baik dari solat jemaah, main mercun, makan-makan, malam raya pertama makan steamboat dan beraya sama-sama...hihiih

Tahun ni saya lah orang paling lambat balik kampung hihhi...konon nye tahun pertama balik kampung sebab keja luar....sampai rumah semua dah siap hahhaha...dapat lari dari buat kerja rumah, masak-masak bagai...hahahhah...Makanan wajib memang akan kteorang masak comfirm lah LEMANG, RENDANG....barulah rasa suasana nak sambut raya...lebih-lebih lagi masak sama-sama...seronok kan....memang seronok pun... :)

Malam raya dah selesai berbuka pose dengan menu ikan sungai bakar...sedap ikan sungai..hihihi...
Photo
malam raya kiteorang solat maghrib berjemaah, di imam kan oleh ayah...


Photo 
Pagi raya lepas solat Sunat Aidilfitri, dah lepas-lepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan...

Aktiviti kami :-
sehari sebelum raya
Masak-masak antaranya LEMANG dan RENDANG menu WAJIB kami setiap raya...hihihi

malam raya
Lepas selesai berbuka puasa, kami semua solat jemaah sama-sama imamkan oleh ayah a.k.a apok hihihi.
Sangat sedih masa aminkan doa yang dibaca oleh ayah a.k.a apok sampai nangis kami.
Lepas selesai salam-salam,laga-laga pipi, cium-cium segala bagai masa yang dinanti-nantikan MAIN MERCUNNN...hihihi
Keluarlah segala jenis mercun dan bunga api, SPONSER BY ABANG and ABANG IPAR
Boommm sana boommm sini, yang bestnye keteorang dekat kg ni WAJIB lawan-lawan mercun antara rumah dgn rumah lain hihihi...tengok sape punya mercun paling lama and paling kuat bunyi mercun...hihihi
Last sekali sebelum tamat upacara main mercun, tembakan BUNGA API 49 dasss...hihihi..

pagi raya pertama
Lepas solat subuh bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. 
Selepas solat balik rumah bersiap-siap pulak utk bersalam-salaman, bermaaf-maafan dgn ahli keluarga...dan yang paling penting kutip DUIT RAYA...hihihi..layak lagi tau.
Kami sekeluarga terus pergi beraya, menziarahi keluarga sebelah ayah a.k.a apok selang beberapa buah rumah aje, dan fmly sebelah mak di Batang Kali..

malam raya pertama
Lepas penat beraya sana sini, malam tu keteorang OPEN TABLE tapi dekat rumah jelah...hihihi, makan STEAMBOAT...buat sos steamboat sendiri ala-ala Johnny's hihihi...makan sampai kembung perut...hahaha
Dan masa yang dinanti-nantikan lagi, sambil-sambil melantak steamboat, MAIN MERCUNNN...lawan lagi boommm sana boommm sini, dan last sekali tempakkan BUNGA API 150 dasss...sampai nak meletup teliga...hihihi

pagi raya kedua
Lepas subuh, sarapan dan bersiap utk ke KUBUR menziarahi pusara arwah atok dan nenek, dan fmly yg lain.
Dekat kg sy ni memang dah jd adat raya kedua seluruh penduduk kg akan ke Kubur sama-sama, baca yassin dan tahlil sama-sama, bergemalah seluruh kawasan kubur dengan alunan bacaan suci al-Quran oleh seluruh penduduk kg yg diketuai oleh imam kg.
Yang paling best nya masa nak balik dapat DUIT RAYA...hihihi...semua peringkat umur akan dapat duit...best kan..hihihi

petang raya kedua
Kami menerima kehadiran keluarga sebelah mak dari Batang Kali, so open table lagi lah...hihihi

raya ketiga
Aktiviti sendiri, so time ni lah nak beraya ke rumah kawan-kawan atau pun berehat dan tidooo...hihihi 
 

Ok ni jelah cete raya...nanti sy sambung cete lagi...hihiihih...


p/s : Hargai mereka selagi mereka masih didunia.... :) "KASIH MAK SAMPAI KE SYURGA, KASIH AYAH SAMPAI BILA-BILA"