Friday, December 27, 2013

Kisah Semalam : Naik Hantu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”
  
Asalamualaikum...

Kereta kena langgar dengan orang yang takde etika...huh...Kejadian berlaku depan lobby rumah (wahhh macam good sangat rumah ade lobby...poyo je lebih)...takde lah lobby sangat...hihihi...mase tu saya park kereta belakang MYVI HIJAU sebab nak turunkan barang, so takde lah nak hangkut semua barang dari kereta yang berkemungkinan besar akan dapat parking jauh dari lift rumah. Cara terbaik letak siap-siap barang dekat lobby...hihihi


Tengah tunggu kereta sebelah kanan lalu, seorang perempuan turun dari MYVI HIJAU, tiba-tiba kereta MYVI HIJAU ni nak reverse pulak, saya pun masuklah gear reverse tapi sebab ada banyak kereta dari kanan nak lalu, saya tunggu dulu bagi dorang lalu dulu...Ish kereta MYVI HIJAU ni tak sabar terus reverse, saya pun hon banyak kali (ping...ping...ping...ping), tak dengar ke bunyi hon saya, belagak betul MYVI HIJAU ni slamber je reverse dah kena kereta saya.Paling kurang ajar MYVI HIJAU tu terus jalan lepas langgar kereta saya.

Saya tak turun kereta, buka tingkap, terus tanya perempuan yang turun dari MYVI HIJAU tu...


Cik Fika : Kena ke kereta saya? (Senyum)

Perempuan : Ya la, kena la, macam mane you bawak kereta.

Cik Fika : (Dalam hati)...eh perempuan ni aku tanya elok-elok, ko nak naik hantu pulak.

Cik Fika : (naik hantu)...eh saya park elok-elok belakang ni, dia(MYVI HIJAU) la tak nampak ke? tak boleh sabar ke? kereta kanan di banyak nak lalu..!!!

Cik Fika : (naik hantu)...kita pulak di marah nye...!!!

mungkin sebab perempuan tu takut saya lagi teruk naik hantu dia pun blah...Saya pun turun tengok kereta nasib baik takde pape just calar sikit je.

p/s : kereta saya yang kena langgar, kenape perempuan tu pulak naik hantu...???

Saturday, December 21, 2013

Saya sayang mak dan ayah saya...TAPI...!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”

Asalamualaikum...

Siapa tak sayang mak dan ayah kan...semua orang sayang mak ayah sangat-sangat...tapi ape bukti yang kita sayangkan dorang...Adakah dengan pemberian wang ringgit setiap bulan ? Adakah dengan menelefon mereka setiap hari ? Adakah dengan pelukan atau belaian kita kepada mereka ? Adakah dengan kebendaan untuk mereka ? ATAU Adakah dengan melakukan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah swt, untuk kesenangan mereka di alam kubur dan akhirat kelak ?


Persoalannya yang manakah pilihan kita...???


Tahukan kita...???...ibu bapa lebih-lebih lagi seorang ayahlah yang akan menanggung dosa anak-anaknya.Jika anaknya melakukan perkara larangan Allah swt.Tapi ingin saya jelaskan huraian kata-kata ini melalui surah ini.


Surah  (Al-An’am : 164)
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”


Telah pun jelas dimana tidak akan ada seorang pun yang akan menanggung dosa-dosa kita melainkan diri sendiri yang menanggungnya.Tetapi ibu bapa AKAN MENANGGUNG DOSA anak-anak mereka jika mereka gagal mendidik anak-anak melakukan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangan Allah swt.


Tapi kita sebagai anak kena ingat mak ayah juga manusia biasa, tetap ada kekurangan dan kelemahan dan mereka juga telah pun berusaha mendidik kita agar menjadi yang terbaik.Jadi untuk membuktikan yang kita betul-betul sayangkan mereka, marilah sama-sama kita meninggalkan larangan Allah dan melakukan suruhan Allah swt.Dengan sebab ini sekurang-kurang dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu dan ayah di alam kubur dan akhirat kelak.


Dapat kita lihat zaman sekarang makin berleluasa gejala maksiat secara-cara terang-terangan, lebih-lebih lagi golongan remaja yang sedang meningkat remaja. Tanpa segan silu melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah di khalayak ramai. Lagi menyedihkan siap boleh upload video dalam youtube untuk tontonan umum, kononnya nak membuktikan merekalah pasangan "Couple Of The Year".


"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan.Maka pada zaman mereka inilah Kiamat akan datang"


Berbeza dengan zaman dahulu selalunya ibu ayah yang akan membelikan pakaian  untuk anak-anak mereka. Tapi zaman sekarang kita lebih selesa untuk membeli sendiri mengikut keselesaan dan keinginan kita. Tapi kita kena ingat, dari mana datangnya duit untuk kita membeli pakaian-pakaian tersebut, sudah semestinya dari ibu dan ayah kita. Oleh sebab itu, janganlah kita dengan sewenang-wenangnya membeli pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mungkin dari padangan kita ianya adalah fashion, tapi tidak dari pandangan Allah swt bukan kita sahaja yang akan dicatatkan dosa sebab berpakaian tidak sopan dan tidak menutup aurat, tapi ibu dan ayah kita juga yang akan dicatat dosanya sebab mereka yang memberikan duit untuk kita membeli pakaian tersebut. Jika kita sayangkan mereka fikirlah mereka sebelum kita membeli atau mengenakan sesuatu pakaian.


"Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


sila guna sedikit masa kita untuk tonton video ini.




p/s : Marilah sama-sama kita bahagiakan kedua ibu bapa kita. Jangan kita khianati mereka dengan tindakan kita.

Monday, October 21, 2013

Sila salahkan diri sendiri dulu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”


Asalamualaikum...

emmm...agak kecewa sikit bila kebanyakkan kita suka salahkan ibu bapa sebagai penyebab anak-anak jadi tak tentu hala...Sila tanya diri sendiri "ada ke mana-mana ibu bapa yang nak anak dia lahir je ke dunia ni jadi tak baik...."???

Sangat tak faham kenapa kita mudah sangat menunding jari kepada ibu bapa. Contohnya "Budak ni jahat macam ni mesti sebab mak ayah dia jahat", atau "budak ni tak pandai mesti sebab mak ayah di tak ajar", yang paling teruk tuduhannya "budak ni tak solat mesti sebab mak ayah dia tak solat"...errrgghhhh...sangat tak boleh terima.

Pernah dengar tak lagu nasyid "iman tak dapat dijual beli"..."iman tak dapat diwarisi"...haaa...dari lagu ni pun dah nampakkan tak semestinya mak ayah baik anak-anak pun baik dan semestinya mak ayah kurang baik anak-anak pun kurang baik. sebab iman tak boleh dijualbeli dan diwarisi pun.

Mana ada mak ayah yang nak anak-anak dia jadi tak baik, lebih-lebih lagi pada anak-anak yang sedang meningkat remaja. Memang semua mak ayah tak perfect dalam mendidik lebih-lebih lagi dengan  kekangan masa yang singkat, sebab memang manusia dilahirkan tidak sempurna, tapi mereka berusaha menjadikan anak-anak mereka terbaik dengan menghantar pergi sekolah, tuisyen dan macam-macam lagi untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat.

Pernah dengarkan tak kisahlah dalam tv ke, internet ke atau dari orang sekeliling yang mana mak ayah ustaz ustazah tapi anak berkelakuan tak senonoh atau pun sebaliknya.Jadi dalam hal ni persoalannya siapa yang salah mak ayah atau anak-anak tu sendiri.???

Dan Allah swt juga telah berfirman dalam al-Quran, Surah Ar-Ra’d ayat 11.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka.” 

Contohnya jika kita memang dibesarkan dalam kalangan ahli keluarga yang baik-baik, tapi kita sendiri yang memilih untuk melakukan ke arah yang tidak baik, nampak tak sebenarnya diri kita sendiri yang memilih untuk jadi tidak baik, kita sendiri yang memilih jalan yang salah, diri kita sendiri yang mempengaruhi tindaklaku kita...tolong jangan salahkan ibu bapa.tolong salahkan dulu diri sendiri.

Jika kita betul-betul sayang dan kasihkan ibu bapa kita jom kita muhasabah diri kita, fikir dan renung semula pengorbanan ibu bapa kita.Janganlah disebabkan kurangnya ilmu agama daripada ibu bapa kita, kita pun menjadikan itu sebagai alasan untuk kita jauh dari jalan Allah swt.

Kita telah dikurniakan oleh Allah swt akal fikiran untuk membezakan yang mana baik yang mana buruk.Juga diberi pilihan untuk memilih jalan Allah swt atau sebaliknya.

p/s : tepuk dada tanya IMAN...selamat beramal...yang baik datangnya dari Allh swt dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri...

VB.NET (Operator Arimetik)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”

Asalamualaikum...

Perkongsian pertama, walaupun cuma yang basic je harap dapat membantu pada yang baru nak kenal VB.NET. Sebelum nak buat satu projek yang lagi mencabar kita kena lah faham dulu yang basic ok. Kena lah rajin-rajin "try and error"

Ok malas dah nak merepek merapu meraban bagai, ni contoh koding untuk sistem (Operator Arimetik).


Perlukan 8textbox, 6button dan 8label.

Koding :-

Public Class Form1

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        'operasi (+)
        TextBox3.Text = Val(TextBox1.Text) + Val(TextBox2.Text)
    End Sub

    Private Sub Button2_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
        'operasi (-)
        TextBox4.Text = Val(TextBox1.Text) - Val(TextBox2.Text)
    End Sub

    Private Sub Button3_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button3.Click
        'operasi (*)
        TextBox5.Text = Val(TextBox1.Text) * Val(TextBox2.Text)
    End Sub

    Private Sub Button4_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button4.Click
        'operasi (/)
        TextBox6.Text = Val(TextBox1.Text) / Val(TextBox2.Text)
    End Sub

    Private Sub Button5_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button5.Click
        'operasi (\)
        TextBox7.Text = Val(TextBox1.Text) \ Val(TextBox2.Text)
    End Sub

    Private Sub Button6_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button6.Click
        'operasi (mod)
        TextBox8.Text = Val(TextBox1.Text) Mod Val(TextBox2.Text)
    End Sub

End Class

Output :-
 

p/s : Selamat mencuba...

Friday, September 20, 2013

Pergi KAU jauh-jauh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”


Asalamualaikum...
ushhh..kejam nye bunyi, marah sangat kannn...hihihi...JERAWAT...!!!...sape suka pada jerawat angkat kaki...hahha..memang tak lah kan, baik perempuan atau lelaki memang sah-sah la tak suka menternak jerawat...Ni dikatakan datang tak diundang pun...Tapi nak buat macam mana jerawat ni jenis spesis DEGIL,SLUMBER BADAK JE...org kate jgn datang tapi datang jugak...landing dekat muka org sesuka hati kau...dammmm...


Dulu muka mana ade jerawat bab kulit telur gitu...hahha...kalau ade pun satu dua je tu pun masa waktu kemuncak seorang wanita...hihihi...muka sy mula naik jerawat yg serius masa lepas habis study time mula-mula kerja dekat TM, sampai customer yg selalu jumpe sy pun boleh tegur ingat sy baru lepas kena chicken pop...usshhhh...boleh terima ke rase nak duduk bawah meja kan...


macam2 produk yg sy guna, tapi semua nya hampehhhh...tak okey pun, kalau ok pun bila stop menjadi balik...ingat kulit muka ni jenis kulit mahal ala-ala minah saleh, hihi...habis kan duit beli produk luar negara, konon nya lagi mahal maybe lagi ok untuk muka ni...tapi hampehhh jugak, tak ok pun...last2 sy guna SAFI...haaaaa, alhamdulillah okey...lahhh rupanye kulit muka murah je..hahha...perasan guna produk mahal konon...hihhihi...


dah 2bulan lebih pakai PRODUK SAFI, alhamdulillah muka sy dah makin ok sekarang tinggal parut2 je, tu pun dah kurang...hihihi...org pun dah ramai tegur dengan perubahan masalah sy ni...yg paling best nye produk ni murah je, mampu milik untuk org macam sy ni, yg xbrape nak kaya raya koya je lebih ni...hihihi...


SAFI ni memang ade macam2 produk untuk semua peringkat umur dan masalah kulit yang paling penting produk ni HALAL...so xpayah lah susah-susah nak rasa was-was ye...hihihi...sy guna kan produk safi dari GAMAT dan LIDAH BUAYA...memang berkesan tak pedih dan mengelupas sikit-sikit je tak nampak sangat pakai pelembap hilanglah mengelupas tu.

haaa tengok lah produk dia...
Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat Pelembap Muka Sari Gamat   Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya 
     
p/s : utk maklumat lanjut klik je http://safi.com.my/