Sunday, July 15, 2012

Sejadah Cinta (episod 2)

Eh...Qistina kadang-kadangkan saya rasa tak tahu nak buat apa, tak ada aktiviti hujung minggu...Qistina sahabat Putri, yang sentiasa bersama-sama Putri kala senang atau susah, walaupun berbeza usia bukan penghalang untuk Putri berkawan dengan Qistina...Qistina tempat Putri meluahkan perasaan marah, geram dan suka...Qistina banyak memberi kata-kata positif dan semangat kepada Putri.


Putri jom kita jalan-jalan hujung minggu ni nak tak, kita pergi KL nak dah lama tak "shopping", Putri bukan seorang yang suka shopping tapi kalau diajak untuk berjalan-jalan Putri tidak menolak...Eh...ok juga tu, saya pun dah lama tak pergi KL.

Setiba mereka di KL Qistina dan Putri menghabiskan masa berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur, bandaraya yang sangat pesat dengan manusia dari pelbagai pelusuk negeri dan negara. Qistina memang suka "shopping" walaupun dalam keadaan kesempitan duit biar tidak makan janji dapat "shopping" itulah Qistina, berbeza pulak dengan Putri seorang yang sangat berjimat membeli hanya barang-barang yang penting sahaja.

Bagi Putri biarlah dia menghabiskan duit untuk keluarganya. Putri mudah rasa serba salah jika dia tidak mengutamakan duit itu untuk keluarga, itulah faktor utama Putri kurang "shopping".


p/s : selamat membaca...

Wajib Tau...!!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”


Asalamaulaikum...

hahhahahah...gelak dulu, nak tau sebab apa hahahh.....sebab nya bila pergi rumah kakak dekat cheras memang WAJIB ambil baju die...hahhah..yela kan daripada tak guna lebih baik ambik kan, tapi dengan izin la..hihih...

kalau tengok dekat almari boleh kira berape helai je baju yang saya beli sendiri, boleh dikatakan 3/4 baju kakak & baju yang dia belikan hahhahah....UNTUNG nye la kan...

Bukan setakat baju, kasut pun WAJIB ambil mana yang dah tak guna...hahhaha...itulah untuk nya bila kita ada kakak yang saiz baju, kasut yang kita boleh pakai...hihihi

Rutin ni bukan sahaja dilakukan oleh saya, kakak2, abang & adik saya juga...Siti Maslinda, Siti Noorseri, Anuar, Siti Norsyahirah & Siti Norjiha...

TERIMA KASIH MY SIS Musliha...hahhaha....




P/S : RAJIN-RAJIN BAGI & BELI LAGI untuk saya...hahhaha                                  

Friday, July 13, 2012

Jangan Memilih Sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Asalamualaikum...

Dalam dunia ni, kita tak boleh hidup kalau tiada sahabat, teman & kawan...sahabat bukan lah focus kepada kawan-kawan ditempat belajar & di tempat kerja, ahli keluarga kita, ayah, ibu jugak menjadi sahabat sejati kita bahkan nenek, wan atau atok jugak boleh menjadi sahabat karib kita...

Dari situ sudah jelas bahawa tidak perlulah kita memilih sabahat, membezakan sahabat dari segi paras rupa, latar belakang hidup, kewangan..Sedangkan Allah swt pun tidak memilih atau membanding-bandingkan hamba-hamba Nya, siapa kita untuk menghukum kita sesama manusia.

Janganlah disebabkan latar belakang sahabat penyebab utama untuk kita menolok atau memutuskan tali persaudaraan kita..."Pilihlah kawan yang baik,kalau kau nak jadi orang yang baik..betul tak penyataan ni??"...Benar kata-kata ini, tapi sejauh mana kita faham baris-baris ayat dan maksudnya...???


Jika kita memilih untuk hanya bersahabat dengan orang-orang baik, geng surau, ahli ulamak...bagaimana dengan sahabat-sahabat kita yang jauh meninggalkan agama mereka, bagaimana mereka nak berdamping & menuju jalan yang diredhai jika kita sendiri yang menjauhkan mereka dari jalan kebaikan...

Kita pilih untuk memilih sahabat dari yang baik-baik sahaja, kerana faktor TAKUT TERPENGARUH jika bersahabat dengan orang yang bukan dari golongan baik-baik...itu semua salah daripada pandangan saya.

Cuba kita renung-renungkan kembali, muhasabah diri kita semula...sebenarnya berbalik pada DIRI SENDIRI...contoh nya...Sejauh mana kita memilih sahabat yang baik-baik, jika diri kita sendiri yang menginginkan untuk melakukan perkara tidak baik maka diri kita sebenarnya yang mempengaruhi tindaklaku kita....Jangan salahkan sahabat atau orang lain jika kita ditempat yang salah.


untuk sahabat-sahabatku mohon maaf jika sepanjang persahabatan kita ada yang terasa dan menyinggung perasaan sesama kita...:)



di bawah ni antara koleksi gambar-gambar sahabat saya dunia akhirat insya'allah :-






 







p/s : sedangkan Allah swt tidak pernah membeza-bezakan hambaNya, siapa kita untuk membeza-bezakan sesama kita...Jika kita menunding satu jari kepada orang lain, sebenarnya kita menunding empat jari kepada diri sendiri...

Wednesday, July 11, 2012

Sejadah Cinta (episod 1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

Ya'Allah
Satukanlah hambamu ini dengan lelaki yang boleh membimbingku ke jalan mu,
dan jalan yang engkau redhai...

 

Itulah ungkapan yang seringkali diungkapkan Nur Putri Mahirah dalam doa nya selepas sahaja selesai solat mahupun sebelum tidur...Anak gadis yang makin meningkat dewasa seorang yang rajin bekerja mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan hidup dia dan keluarga sebaris dengan maksud namanya "yang cekap dan mahir", usia yang menjangkau 23tahun membuatkan Putri nama manjanya mencari-cari cinta sejati yang hanya kerana Allah. Selepas setahun Putri meninggalkan teman lelakinya yang telah banyak mempermainkan perasaan Putri, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat dijadikan sempadan untuk Putri lebih berhati-hati.

 
Kini Putri hidup dengan semangat baru mencari sinar kebahagian bersandarkan redha Ilahi. Putri mulakan dengan memperbetulkan dirinya, menyembah diri pada Yang Esa, menjaga akidah dan akhlak, Putri percaya "jika kita inginkan pasangan yang baik maka ubah diri kita kearah kebaikan dahulu", itulah yang sedang Putri lakukan untuk mengapai insan yang boleh membimbing Putri ke jalan yang diredhai Ilahi.

 
p/s : selamat membaca...

Sunday, July 08, 2012

Sejadah Cinta

Asalamualaikum....


Nantikan episod Sejadah Cinta...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa





Jika Adam Sayangkan Hawa, Sayang lah Hawa kerana Allah swt


1st Tembak Tembak

Asalamualaikum...

kali ni saya nak share aktiviti pertama saya selepas blaja shoot dulu, saya ikut Abg Syed & member die, kali ni shoot dua orang talent iaitu Liyana Kechik & Cinda Melda, photoshoot berjalan di Paya Bakau & Marina Resort, Perak....

Banyak ilmu yang dapat saya belajar antara nye blaja Shutter, ISO & Aperture....dah pandai guna 3 benda ni blaja bokeh plak, belajar pencahayaan & angle...


Maaflah saya tak dapat nak share pictures yang saya shoot, sebab masa saya shoot talent ni masih belum bertudung jadi nak jaga maruah kaum wanita jadi fikir2 tak payah lah saya share biar lah sekadar jadi koleksi saya....


Info DSLR :-

http://www.cambridgeincolour.com/tutorials/camera-exposure.htm

Wednesday, July 04, 2012

Malam Nisfu Syaaban

asalamualaikum...




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 




hari ni adalah 4 julai bersamaan 14 syaaban maka malam ni adalah malam nisfu syaaban dan esok adalah nisfu syaaban bersamaan 15 syaaban, mudah-mudahan banyak lah amalan yang kite semua lakukan insya'allah.




bawah ini ada beberapa info berkaitan dengan bulan syaaban, malam nisfu syaaban & nisfu syaaban, selamat membaca...




Antara kelebihan bulan Sya'aban: 


  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
  3. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

 

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

p/s : sempena malam nisfu syaaban ini marilah kita sama2 perbanyakkan amalan kebaikan tinggalkan larangan,  sesungguhkan Allah akan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.


p/s : Nampak tak kita semua Islam itu mudah pahala dimana-mana, sama ada kita nak atau tak nak je...SELAMAT BERAMAL....

Tuesday, July 03, 2012

1st time Photoshoot

Asalamualaikum...


dulu time study PUO sem akhir 2011 dah mula trend camera dslr...sy sanggup tahan makan untuk dapat kan camera dslr, dapat je duit PTPTN hahahha...ha ape lagi terus pergi beli camera pergi usha lowyat dari kedai ke kedai last2 buat keputusan nak ambik brand sony, so pusing2 jumpa SONY CENTRE, ape lagi tanya itu tanya ini, saya pun ambik keputusan untuk beli SONY ALPHA A390...hihihi..tapi yang sedih nye tak dapat nak beli hari tu sebab stok dah habis ramai sangat yang beli kate tokey tu la...kena tunggu 2,3 ari baru stok baru sampai..emmmmmmmmmm..kena tunggu lagi la kan, tapi tak kalau berbulan2 boleh tunggu tak 2,3 ari tak boleh tunggu kan...hihihihi...lepas seperti yang dijanjikan tokey 2 tepon saya beritahu stok dah sampai...alhamdulillah.....yahooooo penantian akhirnya tamat jugak hihi...esok nye terus pergi lowyat keluar duit sign agreement & dapat la macam2 free gift....hihi...balik rumah tak boleh guna lagi sebab kena cas 8jam dulu...sampai rumah pun dah malam kan lepas cas emm tak sempat nak test2 ngantok sangat terus tido yang sedih nye esok nak kena balik POLI dah memang tak test lagi la lepas beli..hihihi....dua minggu lepas 2 usha2 geng2 photographer perak, last2 de sorang photographer ni Syed Al-jamalullail atau nama panggilan Abg Syed ajak saya join outing shoot talent...tak fikir panjang terus setuju, yang kelakar nye dah join camera tak ade, sebab tinggal dekat kampung PAHANG, blajar tengok je la kan...hahha..So dari sini lah bermula nye KISAH PHOTOG saya...dan dari sini jugak la saya join macam2 aktiviti photography yang dianjurkan oleh geng2 photographer PERAK...yang best nye dorg semua TAK KEDEKUT ILMU...terima kasih semua...


ni semua antara gambar2 yang sempat diambil selepas aktiviti..

***remove


1st time join photoshoot di Taman DR, Area Pekan2 Ipoh, KTMB Ipoh


***remove

ini masa join bengkel photography "ASAS PHOTOG N WEDDING PHOOG" anjuran KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA




ini aktiviti lepas puas dapat ilmu..hihhi...semua takut muka tak masuk..hihih



p/s : kalau ade yang nak join photoshoot tak kisah lah shoot talent atau pun street beritahu ke lah...hihihi..dah  habis study ni dah lama tak tembak..hiihihi