Saturday, July 13, 2013

Hebatnya REDHA KERANA ALLAH...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi 

Maha Penyayang”


Asalamualaikum...


Redha...???...insya'allah kita semua pasti redha dengan segala ketentuan dan ujian dari Allah...

TAPI...adakah redha kita ikhlas dari hati atau ikhlas dari mulut sahaja...???

"Apa yang beza nya kita tetap redha juga" ...Yup ada bezanya
Cuba kita renung semula apa yang kita rasa jika redha sekadar di mulut sahaja, pasti kita tak akan rasa lega, tenang, dan ikhlas menerima ketentuan dan ujian Allah...

Dan berbeza pula kalau kita betul-betul redha kerana Allah, dan redha itu datangnya dari hati yang ikhlas, kita akan rasa sangat tenang walaupun kita diuji dengan ujian yang sangat hebat. Kita akan lebih tenang daripada orang yang tidak ada masalah.

Bagaimana nak redha dengan ikhlas dari hati...??? betul lain orang, lain ujiannya...lain pula beban yang ditanggung.

Selalunya jika saya mendapat ujian pertama saya akan tarik nafaz dalam-dalam, beristigfar dan lepas solat berdoa pada Allah mohon mudah-mudahan diberi kekuatan untuk menempuh ujian Allah dan membaca al-Quran,memang rasa sangat tenang, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah, seketul batu yang besar atas kepala hilang tah ke mana

Waktu berdoa pada Allah, menangislah puas-puas pada Allah, mengadulah pada Allah, sebab Allah "Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"...

Allah beri ujian pada hamba-hambanya sebab Allah Sayang dan Rindu kan hamba-hambanya.


Kenapa AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-
orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa FRUST?

“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus-asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12





p/s : Hidupkanlah hati kita bersama-sama dengan Redha Kerana Allah...

No comments :

Post a Comment