Monday, October 21, 2013

Sila salahkan diri sendiri dulu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah 

lagi Maha Penyayang”


Asalamualaikum...

emmm...agak kecewa sikit bila kebanyakkan kita suka salahkan ibu bapa sebagai penyebab anak-anak jadi tak tentu hala...Sila tanya diri sendiri "ada ke mana-mana ibu bapa yang nak anak dia lahir je ke dunia ni jadi tak baik...."???

Sangat tak faham kenapa kita mudah sangat menunding jari kepada ibu bapa. Contohnya "Budak ni jahat macam ni mesti sebab mak ayah dia jahat", atau "budak ni tak pandai mesti sebab mak ayah di tak ajar", yang paling teruk tuduhannya "budak ni tak solat mesti sebab mak ayah dia tak solat"...errrgghhhh...sangat tak boleh terima.

Pernah dengar tak lagu nasyid "iman tak dapat dijual beli"..."iman tak dapat diwarisi"...haaa...dari lagu ni pun dah nampakkan tak semestinya mak ayah baik anak-anak pun baik dan semestinya mak ayah kurang baik anak-anak pun kurang baik. sebab iman tak boleh dijualbeli dan diwarisi pun.

Mana ada mak ayah yang nak anak-anak dia jadi tak baik, lebih-lebih lagi pada anak-anak yang sedang meningkat remaja. Memang semua mak ayah tak perfect dalam mendidik lebih-lebih lagi dengan  kekangan masa yang singkat, sebab memang manusia dilahirkan tidak sempurna, tapi mereka berusaha menjadikan anak-anak mereka terbaik dengan menghantar pergi sekolah, tuisyen dan macam-macam lagi untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat.

Pernah dengarkan tak kisahlah dalam tv ke, internet ke atau dari orang sekeliling yang mana mak ayah ustaz ustazah tapi anak berkelakuan tak senonoh atau pun sebaliknya.Jadi dalam hal ni persoalannya siapa yang salah mak ayah atau anak-anak tu sendiri.???

Dan Allah swt juga telah berfirman dalam al-Quran, Surah Ar-Ra’d ayat 11.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka.” 

Contohnya jika kita memang dibesarkan dalam kalangan ahli keluarga yang baik-baik, tapi kita sendiri yang memilih untuk melakukan ke arah yang tidak baik, nampak tak sebenarnya diri kita sendiri yang memilih untuk jadi tidak baik, kita sendiri yang memilih jalan yang salah, diri kita sendiri yang mempengaruhi tindaklaku kita...tolong jangan salahkan ibu bapa.tolong salahkan dulu diri sendiri.

Jika kita betul-betul sayang dan kasihkan ibu bapa kita jom kita muhasabah diri kita, fikir dan renung semula pengorbanan ibu bapa kita.Janganlah disebabkan kurangnya ilmu agama daripada ibu bapa kita, kita pun menjadikan itu sebagai alasan untuk kita jauh dari jalan Allah swt.

Kita telah dikurniakan oleh Allah swt akal fikiran untuk membezakan yang mana baik yang mana buruk.Juga diberi pilihan untuk memilih jalan Allah swt atau sebaliknya.

p/s : tepuk dada tanya IMAN...selamat beramal...yang baik datangnya dari Allh swt dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri...

No comments :

Post a Comment